Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman
benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan
benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan
adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan
Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot
pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat
persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang
dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu
ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak
dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal
ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini
banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan
keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang
dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal yang
dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya
masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan
duduk, tetapi berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat
tenunan di wilayah budaya tekstil Meayu pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 )
beranggapan bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang telah dihasilkan
di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Peralatan yang
lebih maju berbeza dengan alatan duduk suku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat
Pakan ).
Monday, 15 September 2014
Sunday, 14 September 2014
Tenunan (PBL)
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman
benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan
benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah
suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara.
Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada
kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat
persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang
dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu
ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara
banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling
terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan
tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri
Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang
menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil
yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang.
Selamat Sejahtera.
Assalamualaikum w.b.t.
Blog ini dibina untuk mengongsikan dan membekalkan maklumat yang berfaedah
kepada para pelajar.
Semoga penubuhan blog ini dapat mendatangkan faedah kepada orang ramai.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.
-TigaAmal'14 Team.
Subscribe to:
Posts (Atom)