Monday 15 September 2014

Sejarah Tenunan



Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal yang dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan duduk, tetapi berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayah budaya tekstil Meayu pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 ) beranggapan bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Peralatan yang lebih maju berbeza dengan alatan duduk suku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat Pakan ).

2 comments:

  1. I know that tenunan kain iban is good for world .. I hope Tenunan Kain Iban can be famous

    ReplyDelete
  2. Thank you,there! We all hope that this kind of tenunan will be one of the greatest craft in the universe and hoping that more younger generations affection in this kind of crafting industry :)

    ReplyDelete